secretariat@msr.my
  • MyMSR Member Login
Malaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of Rheumatology
  • Home
  • About MSR
    • President’s Message
    • Committee Members 2024 – 2026
    • Past Committee Members
      • Committee 2022 – 2024
      • Committee 2020 – 2022
      • Committee 2018 – 2020
      • Committee 2016 – 2018
      • Committee 2014 – 2016
      • Committee 2012 – 2014
      • Committee 2010 – 2012
      • Committee 2008 – 2010
      • Committee 2006 – 2008
      • Committee 2004 – 2006
    • History of MSR
    • Objective & Vision
  • Membership
    • Member Application Form
  • Events
  • SIG
    • About MSR-TUI
    • About MyR
  • Education Resources
    • Patients Information
      • Patient Information Sheet
      • Patient Support Groups
    • General Rheumatology Disease Information
    • Clinical Practice Guidelines
      • Myths & Facts
      • Treatment
      • FAQ
    • Useful Medical Links
  • MyMSR
    • Member Account
    • MSR Constitution
    • AGM/EGM Meeting Reports
    • Rheumatology Subspecialty Training and Accreditation (Revised Feb 2022)
    • Scholarship & Bursary
    • List of Members
    • Claim Forms
    • MSR – TUI
      • MSR-TUI Meeting Minutes
    • NIAR-MARBLE
    • NIAR & MARBLE Report

Artritis jangan dipandang ringan – Pakar

    Home Featured Articles Artritis jangan dipandang ringan – Pakar

    Artritis jangan dipandang ringan – Pakar

    By Neudimenxion | Featured Articles, Rheumatology Updates | Comments are Closed | 30 November, 2019 | 0

    KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak harus memandang ringan gejala Artritis (penyakit radang sendi) dengan tanggapan bahawa penyakit itu hanya dialami oleh golongan tua, walhal ia juga boleh berlaku kepada golongan muda jika tidak dikesan dan dirawat sejak awal.

    Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin berkata penyakit itu seharusnya dicegah sebaik saja pesakit mengenal pasti gejala penyakit itu dan ini memudahkan pakar untuk memberikan rawatan kepada mereka.

    “Sangkaan penyakit Artritis ini penyakit orang tua adalah sangkaan yang meleset, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan muda dan sekiranya mereka berkerjaya itu lebih sukar untuk mereka kerana kesakitan pada bahagian sendi-sendi badan. Malahan ramai tidak tahu rawatan intensif untuk merawat penyakit ini tidak murah, ia melibatkan kos kira-kira RM50,000 setahun.

    “Orang ramai perlu terus merujuk pada pakar Reumatologi (pakar radang sendi) terdekat antaranya di PPUM untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Paling penting sekarang adalah peningkatan kesedaran orang ramai itu sendiri terhadap penyakit ini dan cara mengatasinya,” katanya kepada Bernama ketika acara Larian Kesedaran Artritis UM di sini, hari ini.

    Sementara itu Pakar Perunding Reumatologi PPUM Prof Madya Dr Raja Jasmin Begum Raja Mohamed berkata antara gejala awal Artritis yang perlu dikenalpasti adalah rasa sakit di sendi-sendi pada waktu pagi, sendi kelihatan bengkak akibat radang serta sakit tulang belakang dan menasihati orang ramai untuk terus merujuk doktor pakar sekiranya mengalami gejala sedemikian untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan segera.

    Mengenai rawatan penyakit Artritis, beliau berkata rawatan Artritis umumnya menggunakan ubatan konvensional untuk rawatan tidak kritikal dan ubatan biologik untuk rawatan kritikal (ubatan menggunakan kejuruteraan genetik dan berkait rapat dengan protein yang wujud secara semula jadi dalam tubuh badan).

    “Ubatan konvensional biasanya dalam bentuk tablet yang dimakan, dan sekiranya masih tidak sembuh mereka perlu mengambil ubatan biologik yang boleh dimakan ataupun secara suntikan sendiri, namun ianya amat mahal,” kata Dr Raja Jasmin Begum.

    Beliau turut mendedahkan PPUM menerima dan memberi rawatan kepada hampir 2,400 pesakit luar setiap tahun melibatkan penyakit ini dan daripada jumlah itu 200 pesakit memerlukan rawatan menggunakan ubatan biologik.

    “Daripada keseluruhan jumlah pesakit yang kita rawat itu, kira-kira 70 peratus terdiri daripada golongan berumur 30 hingga 50-an, dan ini amat membimbangkan kita kerana rata-rata mereka ini golongan yang berkerjaya dan mempunyai tanggungan keluarga,” katanya.

    Acara larian itu dirasmikan ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang mana beliau berharap acara ini dapat diadakan setiap tahun untuk terus meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit kronik itu.

    — BERNAMA

    This article was first published in www.astroawani.com on 30 November 2019.

    No tags.

    Recent Posts

    • Explaning Rheumatoid Arthritis
    • MyNIAR Axial Spondyloarthritis
    • Shingrix Launch
    • RHyME Workshop (Ipoh)
    • 2024 Symposium Unravelling Complexity in SLE & EGPA

    MSR

    The Malaysian Society of Rheumatology was registered with the Registrar of Societies on 7th August 1989, following which the Protem Committee was dissolved and a new official executive committee was elected. MSR soon gained recognition and was warmly welcomed by regional Rheumatology bodies, namely, the Rheumatology Association of ASEAN (RAA) and the Asia Pacific League of Associations for Rheumatology (APLAR). MSR began to actively participate in the activities of these organisations.

    Contact Us

    Malaysian Society of Rheumatology(MSR)
    A-2-15, Block A, Merchant Square @ Tropicana
    No 1, Jalan Tropicana Selatan, PJU 3,
    47410 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Email: secretariat@msr.my

    Map

    • Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
    • Contact
    © Copyright 2025 Malaysian Society of Rheumatology (MSR) www.msr.my. All Rights Reserved. | Website managed by Neudimenxion
    • MyMSR Member Login
    • Home
    • About MSR
      • President’s Message
      • Committee Members 2024 – 2026
      • Past Committee Members
        • Committee 2022 – 2024
        • Committee 2020 – 2022
        • Committee 2018 – 2020
        • Committee 2016 – 2018
        • Committee 2014 – 2016
        • Committee 2012 – 2014
        • Committee 2010 – 2012
        • Committee 2008 – 2010
        • Committee 2006 – 2008
        • Committee 2004 – 2006
      • History of MSR
      • Objective & Vision
    • Membership
      • Member Application Form
    • Events
    • SIG
      • About MSR-TUI
      • About MyR
    • Education Resources
      • Patients Information
        • Patient Information Sheet
        • Patient Support Groups
      • General Rheumatology Disease Information
        • Myths & Facts
        • Treatment
        • FAQ
      • Clinical Practice Guidelines
      • Useful Medical Links
    • MyMSR
      • Member Account
      • MSR Constitution
      • AGM/EGM Meeting Reports
      • Rheumatology Training
      • Scholarship & Bursary
      • List of Members
      • Claim Forms
      • MSR – TUI
        • MSR-TUI Meeting Minutes
      • NIAR-MARBLE
      • NIAR & MARBLE Report
    Malaysian Society of Rheumatology