secretariat@msr.my
  • MyMSR Member Login
Malaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of RheumatologyMalaysian Society of Rheumatology
  • Home
  • About MSR
    • President’s Message
    • Committee Members 2024 – 2026
    • Past Committee Members
      • Committee 2022 – 2024
      • Committee 2020 – 2022
      • Committee 2018 – 2020
      • Committee 2016 – 2018
      • Committee 2014 – 2016
      • Committee 2012 – 2014
      • Committee 2010 – 2012
      • Committee 2008 – 2010
      • Committee 2006 – 2008
      • Committee 2004 – 2006
    • History of MSR
    • Objective & Vision
  • Membership
    • Member Application Form
  • Events
  • SIG
    • About MSR-TUI
    • About MyR
  • Education Resources
    • Patients Information
      • Patient Information Sheet
      • Patient Support Groups
    • General Rheumatology Disease Information
    • Clinical Practice Guidelines
      • Myths & Facts
      • Treatment
      • FAQ
    • Useful Medical Links
  • MyMSR
    • Member Account
    • MSR Constitution
    • AGM/EGM Meeting Reports
    • Rheumatology Subspecialty Training and Accreditation (Revised Feb 2022)
    • Scholarship & Bursary
    • List of Members
    • Claim Forms
    • MSR – TUI
      • MSR-TUI Meeting Minutes
    • NIAR-MARBLE
    • NIAR & MARBLE Report

Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

    Home Featured Articles Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

    Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

    By Neudimenxion | Featured Articles, Rheumatology Updates | Comments are Closed | 21 February, 2019 | 0

    Oleh : Prof Madya Dr Sakthiswary A/P Rajalingham
    Pakar Perunding Rheumatologi
    Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

    Penyakit Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit radang sendi yang dapat menyerang sesiapa sahaja tidak kira muda ataupun tua. Secara amnya, pesakit RA mengalami nyeri dan kaku pada sendi terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi terbatas. Gejala penyakit –penyakit yang dinamakan di atas boleh berlaku secara spontan dan tiba-tiba. RA berpunca daripada radang membran synovial yang menyelaputi sendi. Keadaan ini lebih kerap berlaku di kalangan wanita antara 40-60 tahun. Pesakit RA kerap mengalami bengkak pada sendi jari-jari tangan dan kaki.

    Terdapat ujian-ujian darah khas (rheumatoid factor, anti citrulinated cyclic peptide [CCP]) yang dapat membantu mendiagnosa penyakit ini dengan mudah. Ujian darah yang positif meningkatkan kebarangkalian mengidap penyakit RA. Pesakit yang mempunyai antibodi (berkeputusan positif) untuk Rheumatoid Factor atau/dan AntiCCP selalunya mempunyai penyakit yang lebih agresif berbanding dengan pesakit-pesakit berkeputusan negatif untuk ujian-ujian tersebut.

    Pesakit yang mengidap penyakit RA perlu menerima rawatan daripada pakar rheumatologi yang bertauliah tanpa melengahkan masa. Terdapat lebih kurang 70 orang pakar rheumatologi di Malaysia. Penyakit RA secara amnya dirawat dengan ubat DMARD (disease modifying anti-rheumatic drug), steroid dan NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs). Ubat-ubat DMARD lama adalah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquine dan leflunomide. Ubat steroid dan NSAID tidak elok digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan mempunyai banyak kesan sampingan. Steroid mengakibatkan kencing manis, osteoporosis dan darah tinggi. NSAID boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan radang perut.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa ubat termaju dan amat berkesan dalam merawat penyakit sendi. Ubat-ubat ini digelar “advanced therapies”. “Advanced therapies” merujuk kepada ubat biologik (dalam bentuk suntikan) dan ubat penghalang janus kinase. Ubat-ubat baru ini walaupun mahal dapat mengawal radang sendi dengan efektif dan menghalang kerosakan dan kacacatan sendi.

    Ubat biologik terbahagi kepada penghalang factor tumor nekrosis, penghalang interleukin 6 dan CD20. Ubat biologik diberi sebagai suntikan secara subcutaneous (bawah kulit) atau secara infusi/intravena. Contoh ubat biologik di Malaysia adalah infliximab, etanercept, adalimumab, golimumab dan tocilizumab. Penghalang janus kinase pula adalah dalam bentuk pil.

    Kini, terdapat banyak pilihan ubat ‘advanced therapies’ untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Penyakit RA lebih mudah dirawat pada peringkat awal. Pesakit RA yang tidak menerima rawatan yang optimum berisiko mengalami komplikasi kerosakan sendi yang serius yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan fizikal sehingga memerlukan kerusi roda untuk pergerakan. Penyakit RA dapat menjejaskan kualiti kehidupan dan keupayaan bekerja.

    This article was first published in www.majalahsains.com on 21 February 2019.

    No tags.

    Recent Posts

    • Explaning Rheumatoid Arthritis
    • MyNIAR Axial Spondyloarthritis
    • Shingrix Launch
    • RHyME Workshop (Ipoh)
    • 2024 Symposium Unravelling Complexity in SLE & EGPA

    MSR

    The Malaysian Society of Rheumatology was registered with the Registrar of Societies on 7th August 1989, following which the Protem Committee was dissolved and a new official executive committee was elected. MSR soon gained recognition and was warmly welcomed by regional Rheumatology bodies, namely, the Rheumatology Association of ASEAN (RAA) and the Asia Pacific League of Associations for Rheumatology (APLAR). MSR began to actively participate in the activities of these organisations.

    Contact Us

    Malaysian Society of Rheumatology(MSR)
    A-2-15, Block A, Merchant Square @ Tropicana
    No 1, Jalan Tropicana Selatan, PJU 3,
    47410 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Email: secretariat@msr.my

    Map

    • Terms & Conditions
    • Privacy Policy
    • Disclaimer
    • Contact
    © Copyright 2025 Malaysian Society of Rheumatology (MSR) www.msr.my. All Rights Reserved. | Website managed by Neudimenxion
    • MyMSR Member Login
    • Home
    • About MSR
      • President’s Message
      • Committee Members 2024 – 2026
      • Past Committee Members
        • Committee 2022 – 2024
        • Committee 2020 – 2022
        • Committee 2018 – 2020
        • Committee 2016 – 2018
        • Committee 2014 – 2016
        • Committee 2012 – 2014
        • Committee 2010 – 2012
        • Committee 2008 – 2010
        • Committee 2006 – 2008
        • Committee 2004 – 2006
      • History of MSR
      • Objective & Vision
    • Membership
      • Member Application Form
    • Events
    • SIG
      • About MSR-TUI
      • About MyR
    • Education Resources
      • Patients Information
        • Patient Information Sheet
        • Patient Support Groups
      • General Rheumatology Disease Information
        • Myths & Facts
        • Treatment
        • FAQ
      • Clinical Practice Guidelines
      • Useful Medical Links
    • MyMSR
      • Member Account
      • MSR Constitution
      • AGM/EGM Meeting Reports
      • Rheumatology Training
      • Scholarship & Bursary
      • List of Members
      • Claim Forms
      • MSR – TUI
        • MSR-TUI Meeting Minutes
      • NIAR-MARBLE
      • NIAR & MARBLE Report
    Malaysian Society of Rheumatology